Pengetahuan asas tentang AJI-NO-MOTO®
Resipi Menu
AJI-NO-MOTO® boleh digunakan seperti berikut
Resipi dari seluruh dunia yang menggunakan AJI-NO-MOTO®
Brazil
Pengenalan
"Hidangan kentang yang mewah dan lazat ini sesuai dengan hidangan harian anda.
Ia sangat mudah disediakan dan rasanya enak apabila dihidangkan bersama nasi dan kacang, satu jhidangan terkenal Brazil."
Hidangan
5 Hidangan

Bahan-bahan
| 2 sudu besar marjerin |
| 3 kentang, dimasak dan dilecek |
| 1/2 cawan susu |
| 4 sudu besar krim pekat |
| 1 sudu teh garam |
| 1 dada ayam tanpa tulang, dipanggang dan dicarik |
| 1 sudu teh AJI-NO-MOTO® |
Arahan
- 1.Cairkan marjerin di dalam kuali leper di atas api sederhana.
Tambahkan kentang, susu, krim pekat dan garam dan kacau sehingga ia sebati dan panas. - 2.Masukkan ayam dan AJI-NO-MOTO®, dan ia sedia untuk dihidangkan.
Petua
Hiaskan dengan pasli segar yang dicincang.
China

Bahan-bahan
| Cendawan kering | 52g |
| Kekapis kering | 132g |
| Pak-choy (Kubis China) | 120g |
| AJI-NO-MOTO® | 3g |
| Garam | 2g |
| Kicap "Amoy" | Sedikit |
Arahan
- <A>Kekapis : Tambahkan daun bawang dan halia, wain memasak kepada kekapis dan kukus di dalam bakul pengukus
- <B>Cendawan : Potong cendawan kering menjadi ketulan dan rebus sedikit
- <C>Pak-choi (Kubis China) : Rebus Pak-choi sedikit
- 1) Tambahkan kekapis <A> dan cendawan <B> ke kuali leper
- 2) Buat sos: Panaskan minyak, dan masukkan wain memasak, dan air dan perisakan dengan garam dan AJI-NO-MOTO®
- 3) Tuangkan sos pada 1) dan kukus selama 30 minit. Masukkan pak-choi rebus <C> dan renehkan selama 5 minit.
Hong Kong
Pengenalan
Udang ini bukan saja berbau lazat, tetapi juga menggabungkan rasa udang yang segar dan manis. Hidangan mewah ini pasti memuaskan selera anda
Hidangan
3 Hidangan

Bahan-bahan
| Udang saiz sederhana dibuang kulit | 480g |
| Kuning telur masin | 4 biji |
| Bawang putih dicincang halus | 1/2 sudu teh |
| Halia dicincang halus | 1/2 sudu teh |
| Tepung Putih Biasa | 1/2 sudu teh |
| Perasa umami Ajinomoto® | 1/3 sudu teh |
| Garam Meja Ajinomoto® | 1/4 sudu teh |
| Gula | 1/2 sudu teh |
| Daun bawang dicincang | 40 g |
| Kicap | 1 sudu teh |
| Wain Cina | 1 sudu sup |
| minyak bijan | 1/2 sudu teh |
Arahan
- 1.Potong kuning telur masin menjadi butiran kasar
- 2.Cuci udang dan potong kakinya. Lap hingga kering
- 3.Gunakan 1/2 sudu teh tepung putih biasa untuk diletakkan pada udang dan gaulkan hingga rata
- 4.Gunakan api besar untuk memanaskan kuali. Masukkan udang di dalam minyak yang telah panas. Kemudian keringkannya dari minyak
- 5.Goreng kuning telur masin yang dipotong dan bahan-bahan lain. Masukkan udang ke dalam kuali. Tambahkan perasa dan gorengkan semuanya hingga menjadi kering. Letakkan di dalam pinggan dan ia sedia untuk dihidangkan
Petua
Minyak mesti dipanaskan sehingga ia berasap di tepi kuali sebelum udang dimasukkan. Udang mesti digoreng hingga keemasan. Tutup kuali dan biarkan ia masak seketika. Jangan terlebih masak, kerana udang mudah menjadi keras
India
Pengenalan
Hidangan terkenal india "Briyani" adalah hidangan yang istimewa. Nasinya dimasak
bersama-sama ayam dan rempah untuk memeriahkan semua acara perayaan dan pesta.
Hidangan
Hidangan 5 Orang

Bahan-bahan
| Ayam | - 600gm |
| Beras Basmathi | - 300gm |
| Yogurt | - 60gm |
| bawang besar(dicincang) | - 200gm |
| Tomato(dicincang) | - 150gm |
| Daun pudina | - 50gm |
| Daun ketumbar | - 15gm |
| Minyak masak | - 15gm |
| Serbuk cili | - 10gm |
| Pes bawang putih halia | - 20gm |
| Lada hijau | - 20gm |
| garam | - Untuk merasa |
| Aji-no-moto® | - 5gm |
| Garam masala | - 25gm |
Arahan
- * Rendam beras Basmathi di dalam air selama 10 minit. Perap ketulan ayam potong yang dibersihkan di dalam yogurt selama 20 minit. Saute ayam di dalam minyak dalam periuk tekanan. Tambah garam masala, cili hijau, bawang besar dan saute hingga berwarna coklat keemasan dan tambahkan pes bawang putih halia, dan saute selama 5 minit lagi. Masukkan daun pudina, daun ketumbar,serbuk cili, Aji-no-moto®, garam dan saute selama 5 minit. Masukkan beras yang direndam dan 450ml air dan masak dalam periuk tekanan selama 15 minit. Hidangkan panas bersama dengan raitha bawang.
Petua
Bawang besar dan tomato cincang yang digaul bersama yogurt dipanggil raitha, yang menyedapkan lagi Briyani.
Indonesia
Pengenalan
"Menu snek dengan tauhu adalah snek yang sihat & lazat, ia sangat sesuai untuk dijadikan hidangan berkelah, kanak-kanak pasti menyukainya""
Hidangan
12 ketul

Bahan-bahan
| Minyak sayuran |
| 8 bawang merah, dicincang |
| 5 ulas bawang putih, dicincang |
| 400 gr tauhu China, dihancurkan |
| 1 sudu teh garam |
| 1 sudu besar ketumbar, dikisar |
| 150 gr daging, dicarik |
| AJI-NO-MOTO® |
| 100 g tepung gandum |
| sos cili / sos tomato |
Arahan
- 1.Panaskan 2 sudu besar minyak sayuran, tumis bawang dan bawang putih hingga harum, alihkan, ketepikan
- 2.Gaulkan tauhu, garam, bawang & bawang putih (dari no.1), ketumbar, daging, AJI-NO-MOTO® dan tepung menjadi doh
- 3.Ambil 1 sudu besar doh (dari no.2), bentukkan seperti yang anda suka
- 4.Goreng doh (dari no.3) dalam minyak panas hingga berwarna coklat keemasan, alihkan dan tuskan.
Hidangkan bersama sos cili atau sos tomato
Petua
Pelbagai jenis Tauhu :
- '- Tauhu Licin dan Tauhu Jepun
Mempunyai tekstur yang licin dan lembut, mudah pecah, dan kandungan air tinggi, oleh itu ia tidak akan rangup bila digoreng.
tanda tauhu tidak segar adalah apabila saiz tauhu mengecut
Kegunaan : sesuai untuk tauhu mun, digoreng, dan sup - '- Tauhu China dan Tauhu Bandung
Mempunyai tekstur yang pejal dan tebal. Rangup apabila digoreng. Kesegaran tauhu ini boleh diketahui dari kepejalannya dan tidak berbau masam
Kegunaan : sesuai untuk menu tradisional
Jepun
Pengenalan
Anda boleh menikmati "Nasi berhias atas telur" yang merupakan makanan tradisional Jepun
dengan umami yang ditambah oleh "AJI-NO-MOTO®"
Hidangan
Satu hidangan

Bahan-bahan
| Telur (mentah) | 1 biji |
| Nasi | 1 mangkuk |
| Kicap | sedikit |
| "AJI-NO-MOTO®" | 3 cubit |
Arahan
- 1.Hidangkan nasi yang direbus di dalam mangkuk nasi
- 2.Buatkan lekuk di tengah-tengah nasi dengan menggunakan kayu penyepit
- 3.Pecahkan telur ke dalam mangkuk nasi
- 4.Percikkan kicap dan "AJI-NO-MOTO®" pada telur dan nasi
Malaysia

Bahan-bahan
| 500g | Bayam air/Kangkung |
| 5 sudu besar | Minyak masak |
| 2 sudu besar | Air |
| 1 sudu teh | Gula |
| 3 renjis | AJI-NO-MOTO® |
| 2 sudu besar atau 20g | Udang kering, dibasuh dan kemudian dituskan |
| 8 batang | Cili kering, dibasuh, dimasak dan dikisar |
| 5 atau 100g | Bawang merah |
| 3 ulas atau 20g | Bawang putih |
| 2 sudu teh atau 5g | Belacan dalam bentuk serbuk |
| 4 sudu besar | Air |
Cara Memasak
- 1.Basuh kangkung beberapa kali untuk menyingkirkan pasir. Toskan dan potong sepanjang 5cm.
- 2.Kisar bahan (A) menjadi bentuk pes.
- 3.Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumis selama 2 minit atau hingga berbau harum.
- 4.Masukkan kangkung dan air.
- 5.Goreng selama 2-3 minit dengan api besar.
- 6.Masukkan AJI-NO-MOTO® & gula, gaul rata.
- 7.Hidangkan panas bersama nasi.
Nigeria
Pengenalan
"Rasa mewah, kaya khasiat, terkenal di seluruh negara dan benar-benar lazat! Itulah Sup Egusi."
Hidangkan bersama-sama keladi ditumbuk, dan Puding Ubi.
Hidangan
6 hidangan

Bahan-bahan
| 2 Cawan Egusi |
| 15 cl Minyak Sawit Merah |
| 1 Kilo Daging |
| 1 Ikan Kering saiz sederhana |
| 100g Udang Krai |
| 2 Bawang besar saiz sederhana |
| 5 lada benggala merah bulat |
| 1/8 Kilo Sayuran (daun Peria atau daun Labu ) |
| 1 cawan air |
| 1 sudu teh Garam |
| 3g Aji-no-moto® |
Arahan
- 1.Rebus Daging dengan Bawang besar hiris dan masukkan 1/2 sudu teh garam dan 1g Aji-no-moto®
- 2.Goreng semangka ditumbuk (Egusi) dalam minyak panas dengan bawang besar hiris selama 15 minit
- 3.Masukkan sup Daging dan setengah cawan air kepada semangka goreng dan masak selama 5 minit
- 4.Masukkan daging yang sudah direbus, ikan kering tanpa tulang, dan lada benggala dan udang krai yang dihancurkan dan biarkan mereneh selama
15-20 minit masukkan 1/2 sudu teh Garam dan 2g Aji-no-moto® dan kacau - 5.Masukkan sayuran (daun peria atau daun labu), gaul dan biar mereneh selama 3 minit
Peru
Pengenalan
"Segar dan Lazat... Cebiche dianggap oleh ramai orang sebagai hidangan kebangsaan Peru"
Hidangan
2 - 3 hidangan

Bahan-bahan
| 500 gr | Ikan putih yang segar dan tebal (cth: kerapu, ikan sebelah) |
| 1/2 | bawang merah, dihiris nipis dan dicuci |
| 1 | batang saderi, dicincang |
| 2 | bawang putih, dihancurkan |
| 1 | Cili Aji limo, dibuang biji dan dihiris |
| 150 ml | jus lemon, diperah segar dan ditapis. |
| 1/2 | sudu teh AJI-NO-MOTO® |
| 1 | sudu teh daun ketumbar segar, dicincang |
| 1 | sudu teh pasli segar, dicincang |
| Garam dan Lada sulah | |
| daun salad | |
| 3 | keledek rebus |
| 8 | tongkol jagung rebus, lebar 2 cm |
Arahan
- 1.Cuci dan bersihkan ikan dengan air dan garam. Potong menjadi kiub kecil (1 - 2 cm)
- 2.Perasakan ikan dengan bawang putih dan tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
- 3.Gaulkan bahan ini perlahan-lahan
- 4.Masukkan saderi cincang, cili Aji limo, ketumbar dan pasli, AJI-NO-MOTO® dan jus lemon.
- 5.Gaulkan semua ; tambahkan bawang pada ikan
- 6.Hias pinggan menghidang dengan jagung, keledek, daun salad dan hirisan Aji limo.
- Jika mahu, anda boleh tambahkan makanan laut yang direbus (udang, sotong, kurita, kima, dll)
Petua
Anda boleh menggunakan apa saja ikan atau makanan laut yang anda suka asalkan bahan-bahannya segar
Filipina
Pengenalan
Stew berasaskan sos tomato dengan daging babi, hati, lobak merah, kentang, dan lada benggala. Sebuah hidangan kegemaran semua-musim yang disediakan untuk acara keramaian atau biasa.
Hidangan
4-6 Hidangan

Bahan-bahan
| 2 sudu besar minyak masak |
| 2 sudu besar bawang putih, dicincang |
| 1 /4 cawan bawang besar, dicincang |
| 400 gram daging kaki belakang babi, didadu |
| 100 gram hati babi, didadu |
| 1 cawan air atau sup |
| 1 sudu teh garam |
| 1/4 cawan kicap |
| 1 cawan sos tomato |
| 1 cawan air atau sup |
| 1 cawan kentang, didadu |
| 1 cawan lobak merah, didadu |
| 1/4 sudu teh lada sulah dikisar |
| 1/4 cawan lada benggala merah, didadu |
| 1/4 cawan lada benggala hijau, didadu |
| ¼ cawan keju parut |
| garam dan lada sulah secukup rasa |
| 1 sude teh Perisa Super umami AJI-NO-MOTO® |
Arahan
- 1.Panaskan minyak di dalam kuali leper, saute bawang putih, bawang besar, daging kaki belakang babi dan hati selama 5 minit pada api sederhana.
- 2.Masukkan sup, garam, kicap dan sos tomato. Tutup dan biarkan mereneh selama 15 minit.
- 3.Masukkan sup, kentang, lobak merah, lada sulah, lada benggala merah dan hijau serta keju.
- 4.Perisakan dengan garam, lada sulah dan Perisa Super umami AJI-NO-MOTO®. Tutup dan biar mereneh dengan api kecil selama 5 minit.
Petua
Sejukkan keju sebelum diparut dan sapukan sedikit minyak pada pemarut keju untuk parutan yang lebih baik.
Thailand
Pengenalan
Hidangan Thai paling terkenal
Hidangan
4 Hidangan

Bahan-bahan
| 1/2 Kg. udang, dibuang kulit dan dibuang urat |
| 5 cawan air |
| 2 batang serai diketuk |
| 4 - 5 helai daun limau purut dicarik |
| 3 sudu besar bawang merah dicincang |
| 2 sudu besar sos ikan |
| 10 - 12 cili padi dihancurkan |
| 3 sudu besar jus limau nipis |
| 1/2 sudu teh garam |
| 4 - 5 ketumbar, dipotong untuk mendapatkan rasanya |
| 1 sudu teh Rosdee Chicken |
| AJI-NO-MOTO® |
Arahan
- 1.Jerangkan air, masukkan serai, daun limau purut, bawang merah, batang ketumbar, garam dan ROSDEE.
Apabila sup mendidih lagi, masukkan udang. - 2.Tambahkan sos ikan dan masukkan daun ketumbar, alihkan dari api.
- 3.Masukkan cili padi dan jus limau nipis. Rasa dan masukkan AJI-NO-MOTO®.
Petua
- 1. Untuk aroma yang lazat, masukkan cili kering yang ditumbuk dan bawang merah bakar yang
ditumbuk dan bawang putih kepada sup. - 2. Untuk warna yang menarik, gorengkan lemak udang (di dalam kepala) bersmaa-sama 1 - 2 sudu teh minyak
dan 1/8 sudu teh paprika hancur untuk beberapa minit dan masukkan ke sup.
Vietnam
Pengenalan
Sup merupakan hidangan utama masakan Vietnam. Pelbagaikan menu sup anda dengan Sup ikan masam manis.
Hidangan
6 hidangan

Bahan-bahan
| 600gr ikan duri segar |
| 2 tomato masak |
| ½ biji nenas |
| 100gr taugeh |
| 100gr bacha (atau saderi) |
| 100gr bendi |
| 3 tangkai padi |
| 3 tangkai daun ketumbar panjang |
| 1 tangkai daun bawang |
| 1 tangkai daun ketumbar |
| 1 sudu besar bawang merah cincang |
| 10gr asam jawa |
| 1.5 liter air |
| 2 sudu teh gula |
| 4 sudu teh sos ikan |
| 1.5 sudu teh garam |
| 1 sudu teh AJI-NO-MOTO® |
| * tbsp: tablespoon, tsp: teaspoon |
Arahan
- 1. Untuk menyediakan
- • Buang bahagian dalam ikan duri dan basuh hingga bersih, potong menjadi hirisan 2cm. Perapkan dengan 1 sudu teh lada sulah, 1 sudu teh bawang cincang, 1 sudu teh sos ikan, ½ sudu teh AJI-NO-MOTO® lebih kurang 15 minit.
- •Potong tomato. Potong nenas menjadi saiz kecil. Potong setiap bendi menjadi 3 kepingan. Kupas batang baca, potong menjadi potongan 2 cm. Basuh taugeh.Basuh dan potong herba padi, ketumbar panjang dan daun bawang.
- • Rendam pes asam jawa dalam air panas untuk beberapa minit dan ambil jusnya.
- 2. Untuk memasak
- • Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam periuk, goreng ikan sedikit dengan bawang merah cincang hingga masak. Pindahkan ke pinggan. Masukkan tomato dan nenas, goreng selama 2 minit dan tambahkan 1.5 liter air, masak hingga mendidih.
- • Masukkan jus asam jawa, 2 sudu besar gula, 4 sudu teh sos ikan, 1.5 sudu teh garam dan 1 sudu teh AJI-NO-MOTO®. Akhir sekali, masukkan taugeh, bendi, bacha, ikan dan masak selama 2 minit.
- • Matikan dapur gas.
- 3.Untuk menghidang
- •Sendukkan sup masam ke dalam mangkuk besar, tambahkan herba yang dicincang.
- •Hidangkan bersama sos ikan dan cili hiris.












