Fakta sebenar tentang AJI-NO-MOTO®
*AJI-NO-MOTO® adalah jenama produk Monosodium glutamat (MSG)

Soal Jawab

S1:
Apakah itu glutamat?
J1:
Glutamat merupakan asid amino yang boleh didapati secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti daging, sayur-sayuran, ayam, itik dan susu badan manusia.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Badan manusia juga menghasilkan glutamat dalam jumlah yang banyak. Otot, otak dan lain-lain organ badan mengandungi empat paun glutamat, dan susu ibu juga kaya dengan glutamat berbanding, sebagai contohnya, dengan susu lembu. Glutamat boleh didapati dalam dua bentuk: Glutamat “terikat” (bercantum dengan asid amino yang lain dan membentuk molekul protein) dan glutamat “bebas” (tidak bercantum dengan protein). Hanya glutamat bebas sahaja yang efektif dalam mempertingkatkan rasa makanan. Makanan yang sering digunakan bagi kualiti rasanya seperti tomato dan cendawan mempunyai tahap glutamat bebas semula jadi yang tinggi.

Tutup
Untuk maklumat lanjut
Bahan Semulajadi umami
S2:
Apakah itu monosodium glutamat?
J2:
Monosodium glutamat (MSG) adalah garam natrium asid glutamik (glutamat). MSG adalah peningkat rasa yang telah digunakan secara efektif selama hampir sedekad untuk menonjolkan rasa terbaik makanan.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Apabila MSG ditambah kepada makanan, ia memberikan fungsi rasa mirip seperti glutamat yang ada secara semula jadi dalam makanan. MSG terdiri daripada air, natrium dan glutamat. Apabila dimakan, MSG diasingkan oleh badan kepada jumlah kecil natrium dan glutamat.

Tutup
S3:
Bagaimanakah MSG dihasilkan?
J3:
MSG selalunya diperbuat melalui proses penapaian. Proses ini adalah sama seperti proses pembuatan kicap, cuka dan dadih.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Proses bermula dengan memeram jagung, bit gula atau tebu. Produk yang terhasil adalah kristal putih murni yang mudah larut dan sebati dalam kebanyakan makanan.

Tutup
Untuk maklumat lanjut
Aliran Pengeluaran
S4:
MSG digunakan dalam makanan apa?
J4:
MSG boleh digunakan dalam banyak makan berperisa termasuk daging, ikan, ayam, itik, pelbagai jenis sayur-sayuran serta dalam sos, sup, dan bumbu. MSG mempertingkatkan rasa masin dan masam tetapi hanya berkesan sedikit atau tidak langsung atas makanan yang manis atau pahit.
S5:
Berapakah had penggunaan harian MSG?
J5:
Tiada had penggunaan bagi MSG kerana badan saintifik dan penguat kuasa seperti FAO/ WHO Jawatankuasa Pakar Bersama Bangsa-bangsa Bersatu (JECFA) telah meletakkan MSG dalam kategori paling selamat iaitu “Pengambilan Harian Boleh Diterima (ADI) tidak dikhususkan” berdasarkan data saintifik yang menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Walau bagaimanapun, MSG adalah bahan yang terhad dengan sendirinya. Apabila jumlah yang mencukupi digunakan, penggunaan tambahan hanya menyumbang sedikit atau tidak langsung kepada perisa makanan. Malah, menambah terlalu banyak MSG boleh menyebabkan makanan kurang enak dan membazir.

Tutup

JECFA merupakan sebuah badan penasihat saintifik berprestij kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

S6:
Adakah badan akan menjalankan metabolisme terhadap MSG yang ditambah kepada makanan dengan cara yang berbeza berbanding glutamat semula jadi dalam makanan?
J6:
Glutamat yang terdapat secara semula jadi dalam makanan dan glutamat yang diperolehi daripada MSG adalah sama.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Tidak kira daripada mana datangnya glutamat, sama ada daripada makanan yang kaya dengan glutamat seperti tomato, keju parmesan, kacang walnut dan kicap, atau pun daripada MSG, glutamat tersebut adalah sama sahaja. Sejak berdekad lalu, pakar perubatan telah mengetahui bahawa badan kita tidak mengenali antara glutamat yang didapati secara semula jadi dalam makanan atau pun glutamat yang terdapat dalam MSG. Malah, teknologi masa kini pun tidak dapat membezakannya. Sebagai contohnya, sekiranya anda menganalisis sepinggan spageti, anda akan dapat mengetahui jumlah glutamat di dalamnya. Walau bagaimanapun, kerana glutamat itu sama, kita tidak akan tahu dari manakah datangnya glutamat tersebut – sama ada daripada tomato, keju Parmesan atau pun MSG.

Tutup
S7:
Berapa banyakkah natrium daripada MSG?
J7:
Kandungan natrium yang rendah dalam MSG hanya menyumbang sedikit natrium sahaja dalam diet biasa. Untuk perbandingan, MSG mengandungi anggaran 12% natrium manakala garam biasa mengandungi 39%. MSG juga hanya digunakan sedikit sahaja berbanding garam.
Untuk maklumat lanjut
Kesan Garam Dikurangkan
S8:
Adakah MSG selamat?
J8:
Ya. MSG telah dikaji secara menyeluruh oleh pelbagai organisasi antarabangsa bebas dalam kajian klinikal dan saintifik yang kesemuanya memberikan kesimpulan yang sama. MSG telah dibuktikan SELAMAT setiap masa.
Untuk maklumat lanjut
Penilaian keselamatan MSG
S9:
Adakan MSG selamat untuk bayi dan ibu mengandung?
J9:
Ya. Kajian menyeluruh menunjukkan yang MSG adalah SELAMAT bagi semua manusia termasuk bayi dan ibu mengandung.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Susu ibu secara semula jadinya mempunyai kandungan glutamat yang tinggi. Secara purata, seorang bayi mengambil 150-200 miligram glutamat bebas setiap hari daripada susu ibunya. Ibu yang menyusukan juga patut tahu bahawa tahap glutamat dalam susu mereka tidak meningkat daripada glutamat yang dimakannya.

Tutup
S10:
Adakah MSG mempunyai kesan terhadap sistem saraf pusat atau otak?
J10:
TIDAK. Bukti daripada ujian yang telah dijalankan ke atas haiwan menunjukkan bahawa MSG tidak menjejaskan sistem saraf pusat (kerosakan otak) pada manusia. Sebaliknya, otak manusia menghasilkan jumlah glutamat yang ketara kerana tanpanya ia tidak boleh berfungsi.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Glutamat bebas juga memainkan peranan penting dalam metabolisme manusia. Oleh kerana glutamat bebas mempunyai peranan penting dalam fungsi otak, kajian menyeluruh ke atas kesannya, sekiranya ada, terhadap sistem saraf pusat dan kerosakan berkaitan otak seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer telah dijalankan. Terdapat satu kajian yang dilakukan pada penghujung tahun 1960 yang telah menimbulkan sedikit keraguan mengenai MSG. Dalam kajian tersebut, jumlah glutamat yang digunakan adalah terlalu banyak dan disuntik terus ke dalam otak tikus neo-natal. Berikutan itu, kajian lain dilakukan dengan menggunakan jumlah glutamat yang banyak secara oral. Keputusannya tidak sama dengan kajian terdahulu yang menggunakan suntikan glutamat dan kesemuanya gagal menunjukkan sebarang kaitan antara kesan negatif dan penggunaan MSG oleh manusia. Yang terbaru, dalam laporan yang dikeluarkan pada tahun 1995 mengenai MSG, Kesatuan Persatuan Amerika bagi Biologi Ujian (atau FASEB) menyatakan dengan jelasnya bahawa "Tiada bukti yang menyokong terdapatnya kesan negatif terhadap manusia disebabkan oleh glutamat yang dimakan."

Penyelidikan menunjukkan bahawa otak mengekalkan kawalan ketat terhadap jumlah kandungan glutamat. Darah mengawal jumlah glutamat yang memasuki otak. Malah, tiada glutamat yang masuk ke otak melalui darah. Secara keseluruhannya, otak adalah pengeksport glutamat.

Tutup
S11:
Adakah kajian yang menunjukkan bahawa MSG menyebabkan migrain / sakit kepala?
J11:
Tidak. Terdapat banyak 'penyebab' yang diketahui bagi sakit kepala, termasuklah diet dan stres.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Pelbagai makanan yang dikaitkan sebagai penyebab sakit kepala. Terdapat banyak teori tentang apa yang boleh menyebabkan migrain / sakit kepala termasuklah keturunan, masalah otak neuro dan masalah saluran darah.

Tutup
S12:
Bolehkah MSG menyebabkan Sindrom Restoran Cina (CRS) ?
J12:
Tidak. MSG BUKANlah penyebab Sindrom Restoran Cina (CRS).
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

CRS adalah ketidakselesaan sementara yang dialami sesetengah orang selepas mengambil makanan dan minuman yang tertentu. Pada tahun 1968, seorang doktor dari Amerika Syarikat telah menulis dalam New England Journal of Medicine bahawa beliau telah mengalami rasa kebas di belakang leher dan merasa tekanan pada muka dan otot atas dada yang dinamakannya sebagai "Sindrom Restoran Cina". Tanpa sebarang kajian atau bukti, beliau menyatakan bahawa simptom yang telah dialaminya adalah disebabkan oleh MSG yang banyak digunakan di restoran Cina.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1987, Jawatankuasa Pakar Bersama Mengenai Bahan Tambahan Dalam Makanan FAO/WHO (JECFA) membuat kesimpulan bahawa "Kajian perbandingan yang dijalankan dengan betul antara individu yang menyatakan bahawa mereka mengalami sindrom tersebut tidak mengesahkan bahawa monosodium glutamat adalah penyebabnya." Tambahan pula, pada tahun 1993, kesimpulan ini disahkan oleh kajian komprehensif dan uji kaji berkawalan ketat di University of Western Sydney. Pada tahun 2000, Raif Salim Geha, pakar imun Amerika bersama rakannya dari Universiti Harvard, Bahagian Kesihatan Awam Universiti Boston dan Universiti Northwestern menjalankan kajian perbandingan plasebo terkawal terbesar pelbagai pusat terhadap CRS dan mendapati bahawa "Tiada kesan berterusan atau serius dari MSG yang dapat diperhatikan, dan maklum balas adalah tidak konsisten selepas kajian semula."

Tutup
S13:
Adakah MSG bahan yang alergi?
J13:
Tidak. MSG adalah BUKAN alergen.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Makanan yang menyebabkan reaksi alergi dipanggil alergen makanan. Untuk diklasifikasikan sebagai alergen, makanan tersebut mestilah mengandungi protein. MSG sebenarnya adalah garam natrium dalam bentuk glutamat, yang merupakan asid amino yang paling biasa. Walaupun glutamat adalah asid amino dan boleh didapati dalam protein, glutamat dalam MSG adalah glutamat "bebas" yang bermaksud ianya tidak bercantum kepada mana-mana molekul dan dengan itu ia bukanlah protein. Ramai orang merasakan bahawa mereka mempunyai reaksi terhadap MSG, tetapi jika mereka makan tomato yang ranum, cendawan, asparagus, keju, daging dan makanan laut, mereka sepatutnya merasakan reaksi daripada makanan tersebut kerana semua makanan itu mengandungi tahap glutamat "bebas" yang tinggi.

Kerana dakwaan yang mengatakan bahawa MSG menyebabkan pelbagai reaksi (Sindrom Restoran Cina) tersebar luas, maka kebanyakan orang mula mempercayai bahawa reaksi yang mereka dapat daripada makanan adalah disebabkan oleh reaksi yang dibawa oleh MSG.

Tutup
S14:
Adakah MSG menyebabkan kanser?
J14:
Tidak, MSG TIDAK menyebabkan kanser.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

MSG hanyalah glutamat, asid amino yang paling biasa, dalam bentuk garam natrium. Glutamat dan natrium tidak memiliki sebarang ciri karsinogen. Selain itu, walaupun dengan pelbagai kajian yang dilakukan, masih tiada bukti saintifik atau klinikal yang menyokong tuntutan palsu bahawa MSG menyebabkan kanser. Sebaliknya, penilaian toksik Jawatankuasa Pakar Bersama Mengenai Bahan Tambahan Dalam Makanan FAO/WHO (JECFA) terhadap sesetengah penambahan makanan membuat kesimpulan bahawa "kajian ketoksikan konvensional menggunakan pengambilan diet MSG dalam beberapa spesies tidak menunjukkan sebarang kesan toksik atau karsinogenik yang tertentu, dan juga tiada sebarang kesan buruk dalam kajian pembiakan dan teratologi."

Khabar angin ini nampaknya timbul daripada kesilapan interpretasi dan petikan kajian bukan klinikal. Kajian menyatakan bahawa apabila sesetengah asid amino dipanaskan sehingga 300-500C, sebatian penyebab kanser boleh terbentuk. Penemuan ini adalah tidak relevan sama sekali dengan MSG kerana pengambilan pemakanan glutamat tidak memerlukan suhu setinggi ini dan suhu memasak biasa hanyalah bawah 250C.

Tutup
S15:
Adakah MSG menyebabkan tekanan darah tinggi?
J15:
Tidak, MSG TIDAK menyebabkan tekanan darah tinggi.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

MSG mengandungi hanya 1/3 jumlah natrium yang terdapat dalam garam dan digunakan pada tahap yang jauh kurangnya dengan keenakan yang sama. Malah, menggunakan MSG sebagai ganti kepada garam akan membantu mengurangkan pengambilan sodium.

Tutup
S16:
Adakan MSG menyebabkan rasa haus?
J16:
Tidak, tidak ada bukti saintifik atas dakwaan ini.
Untuk maklumat lanjut, KLIK DI SINI

Kehausan mungkin disebabkan oleh garam yang berlebihan dalam makanan. Sekiranya natrium, komponen utama dalam garam, berlebihan, anda akan berasa haus. Kandungan natrium dalam MSG sebanyak 12% sahaja manakala kandungan natrium dalam garam adalah sebanyak 39%, dan jumlah MSG yang digunakan dalam masakan adalah mungkin kurang daripada garam. Oleh itu, kehausan yang disebabkan oleh MSG sepatutnya kurang daripada garam.

Tutup